GreeTinG...

Sunday, April 24, 2011


Orang Bajau

Bajau dan kumpulan yang sama telah menetap di pantai barat dan timur Sabah sejak beberapa ratus tahun dan diiktiraf sebagai penduduk asli negeri ini. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping menunggang kuda.

Orang Bajau merupakan penyelam dan pengutip hasil laut yang mahir. Mereka menggunakan cara penangkapan tradisional. Di pantai timur, mereka adalah nelayan yang tinggal di Kota Belud, Papar, Semporna dan Tuaran. Bajau juga mendapat gelaran “Cowboy Sabah” kerana Bajau lama terkenal dengan penunggang kuda.

Bajau Pantai Barat ( Putatan, Tuaran , Kota Belud ) dan Bajau Pantai Semporna ( Pantai Timur ).

Bajau Pantai adalah berbeza dengan Bajau Semporna. Dari segi pertuturan, pakaian tradisi,adat resam dan budaya hidup adalah sangat berbeza. Bajau Pantai Darat banyak yang terlibat dengan pertanian sawah padi manakala Bajau Semporna terkenal dengan kegiatan penangkapan hasil laut.

MAKANAN TRADISIONAL

Kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesis, antaranya lapiran, kima bohe' dan sollot-sollot (bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu). Kima dijadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau. Kima ini boleh dimakan mentah-mentah (inta') setelah dihiris atau dipotong kecil-kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah-ratus yang lain mengikut selera orang yang hendak makan. Ia juga boleh dimasak bersama sayur. Ada juga kima yang dikeringkan di bawah sinar matahari dan biasanya ia dimasak bersama sayur.

Sagol (Kata Kerja) bermaksud mencampuradukkan. Sagol juga mempunyai makna Kata Nama iaitu 'benda yang dicampuradukkan'. Secara khusus ia merujuk kepada sejenis masakan tradisional yang menggunakan isi ikan (biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal, secara umumnya ikan yang mempunyai hati yang besar) yang dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit. Untuk membuat sagol, ikan yu, pari atau buntal dicelur dahulu sehingga mudah membersihkan 'langnges' iaitu lapisan kasar pada kulit yu dan pari, atau 'iting' iaitu 'duri' pada ikan buntal. Mencelur (masak separuh masak) ini juga dilakukan untuk memudahkan isi ikan dihancurkan dan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis.

Ada dua jenis masakan sagol iaitu sagol kering (tiada kuah) dan sagol basah (berkuah). Untuk mendapatkan rasa sebenar sagol, biasanya tidak menggunakan minyak makan tetapi menggunakan minyak hati ikan yang disagol itu, iaitu sama ada minyak hati ikan pari, atau minyak hati ikan yu atau minyak hati ikan buntal.

Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim. Lazimnya, Putu dimakan bersama Sagol, Kima,Tehek-tehek, dan beberapa makanan Tradisional Bajau yang lain (Selalunya makanan laut)

Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya. Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali, sehingga berwarna kekuning-kuningan.

Secara umumnya, makanan tradisional masyarakat Bajau adalah makanan laut dan makanan ubi-ubian dan tanaman huma yang lain. Makanan tradisi orang Bajau boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu makanan yang dimasak dan makanan yang dimakan mentah (inta'an). Makanan yang dimasak sama ada direbus, digoreng, dibakar dan dipanggang. Lazimnya, intaan (makanan mentah) terdiri daripada makanan laut seperti 'ballog-ballog', 'bantunan', tehe'-tehe', tayum, kilau, bat, lato', kima dan sebagainya.

TARIAN TRADISIONAL

  • Tarian Dalling-Dalling

Tarian ini sangat dipelihara oleh masyarakat Bajau di Selatan Filipina. Kesedaran kepada kepentingan memelihara budaya bangsa untuk menjamin kelangsungan budaya bangsa berkenaan telah mendorong masyarakat Bajau di Borneo Utara (Sabah) khususnya di Semporna bangkit dan mengembangkan seni tarian dallinhg-dalling di kalangan generasi muda. Ini dilakukan dengan membawa dalling-dalling ke majlis formal khususnya Regatta Lepa Semporna. Pada tahun 1998, Badan Galak Pusaka telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk menganjurkan Pertandingan Dalling-dalling Sempena Sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama, Yang Dipertuan Negeri Sabah, yang pada masa itu disandang oleh Tun Sakaran Dandai. Semenjak itu, tarian dalling-dalling turut mula dikenali di daerah Sandakan.[1]

Perkataan dalling-dalling adalah kata ganda daripada perkataan Sinamah (bahasa Bajau) 'dalling' yang bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak tertentu. Ini adalah tarian hiburan di majlis keramaian khususnya majlis perkahwinan. Tarian daling-daling diiringi oleh pantun yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi. Secara tradisionalnya penyanyi yang menyampaikan nyanyian (disebut kalangan dalam Sinamah) adalah pemuzik. Alat muzik yang digunakan pula dipanggil gabbang. Kadang-kadang pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain yang lazimnya wanita, terutama apabila aturcara majlis dijangka mengambil masa yang lama yang kadang-kadang mencecah semalaman.

Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka mendapati, tarian dalling-dalling akan semakin rancak dan menghiburkan apabila ia ditarikan oleh penari secara berpasangan dan kedua-dua penyanyi dalam keadaan 'magbono' kalangan atau berbalas pantun. Dalam keadaan sedemikian, semua watak (penyanyi, pemuzik dan penari) akan menunjukkan kepakaran masing-masing untuk diiktiraf sebagai yang terbaik oleh hadirin.

PAKAIAN TRADISIONAL

Pakaian Tradisinal Suku Kaum Bajau Kota Belud bg lelaki dan perempuan. Nama jenis pakaian tradisional tidak dikenal pasti.

kepada pembaca yang boleh berbahasa bajau, anda dialu-alukan untuk menyumbangkan sedikit kosa dibawah ini, mengikut sebutan bahasa tempat tinggal masing-masing, agar ia dapat dijadikan sumber rujukan disamping kita dapat mempelajari dan mengenali bahasa ini lebih tuntas lagi. Berikut adalah kosa kata bajau:

BAJAU SEMPORNA

Aku sayang pada mu - Lasah akuh ma ka'ah / Akuh lasah ma ka'ah/ aku sayang tah kau

Aku suka padamu - Bilahi akuh ma ka'ah / Akuh bilahi ma ka'ah / aku gorot ta' kau

Siapa namamu? - Sai onnu? / sien oron nu?

Nama saya Dayang - On ku dayang/ oron ku dayang

Sayang, aku cinta padamu / Sayang, aku sayang padamu - Dayang, akuh lasah maka'ah / Sayang, aku sinta ta' kau


aku = aku, saya

ko = engkau, kau

ka'ah = kau, engkau, awak , anda

kita = kita

kami = kami

bilahi / gorot/bayak = suka

dayang = sayang (Kata Nama - digunakan untuk memanggil atau menamakan seseorang yang disayangi)

lasah = sayang, cinta, kasih (Kata Adjektif - menunjukkan perasaan sayang)

ma / ta' = sama, pada, dengan

nu = mu (kata ganti nama diri kedua yang menunjukkan hak milik)

on = nama

sai / sien/saiyan = siapa

ku = ku(kata ganti nama diri pertama yang menunjukkan hak milik)

Ada beberapa perkataan suku kaum bajau yang hampir sama sebutannya dengan bahasa melayu dan membawa maksud yang sama dalam bahasa bajau.

Contoh:-

Tompah - Terompah (kasut),

Baju - Baju,

Sin - Sen (Duit),

Aku - Aku,

Kitab - Kitab,

Tangan - Tangan,

lengon/langan-lengan

bowa-bawa

Mata - Mata,

Talinga - Telinga,

Buwas - Beras,

Kayu - Kayu,

Sipak - Sepak (Tendang),

Sampak - sepak/tampar (Lempang),

Timbak/tembak - Tembak,

Lakkas / lingau - Lekas (Cepat),

nginum - Minum,

mangan - makan;

Lahi / lelai - Lari,

Sukup - Cukup,

Poteh - Putih,

bilu - biru,

bianing - kuning,

hijau/gaddung - hijau,

etom/ettom - hitam,

coklat - cokelat,

oren - oren/jingga,

unggu - ungu,

tahu - pandai

manis - manis(rupa yang manis);

mamis - manis(gula ataupun makanan atau minuman yang manis),

kuku - kuku ,

matai - mati,

atai - hati,

jantung - jantung,

hatus - ratus,

hibu/ngibu - ribu,

sama - sama,

batu - batu,

kota - kota,

bangsa - bangsa,

suku - suku,

lampu - lampu,

subuh - pagi,

sawan - cawan,

sapu / sepoon - sapu,

lella/lalla - lelaki

dendo/denda/danda - perempuan,

sampai / teko/teka- sampai,

dua,empat,lima,unnom,sangpuh - dua,empat,lima,enam,sepuluh

issa,tullu,pituh,walu,siam - satu,tiga,tujuh,lapan,sembilan

lumah - rumah,

BAJAU KOTA BELUD

kiti=kita somo=sama mangan=makan turi=tidur dendo=perempuan jomo=orang gai=mereka dela=lelaki yangto=nenek matoo=datuk eyang=mama ema=bapa luman=jalan nguta=muntah tio=jauh sikot=dekat turi=tidur ngantuk=mengantuk tegega=terkejut ingin=suka gali=geli tito=ketawa

Bahasa bajau di selatan filipina juga menuturkan bahasa yang sama, tanpa perubahan sebutan atau makna. walaubagaimanapun,terdapat perbezaan sedikit diantara bahasa kaum bajau sebelah pantai barat dan pantai timur sabah, dari segi sebutan tetapi masih mengekalkan makna yang sama. 40% bahasa bajau adalah bahasa melayu. Apa yang pasti, kebanyakan orang tua - tua suku kaum bajau dahulu amat sukar apabila menyebut perkataan yang ada huruf 'R' dan 'C'. Contohnya 'NUR' menjadi 'NUL', 'SABAR menjadi 'SABAL', 'SYUKUR' menjadi 'SYUKUL', 'CUKUP' menjadi 'SUKUP', 'CAWAN' menjadi 'SAWAN' dan banyak lagi.

Thursday, April 21, 2011

Istikharah...

Dari Saad Bin Abi Waqas r.a. katanyaRasulullah SAW bersabda:


Di antara kebahagian anak Adam ialah Solat Istikharah daripada Allah Taala dalam segala urusannya . (Hadis 146 Mastika Hadis Jilid 2)


Sembahyang istikharah ialah sembahyang untuk meminta perkhabaran, petunjuk dalam memilih umpamanya antara dua kerja. Hanya boleh beristikharah untuk benda yang harus sahaja. Benda yang sememangnya haram atau wajib tidak dibenarkan.


Dalam hadis yang lain:-


* Tidak akan menyesal orang yang beristikharah Sabda Nabi “Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat”(HR.Thabrani).


* Kalau sudah beristikharah dan Allah dorong untuk melakukan sesuatu (cenderung kepada sesuatu), mestilah patuh.


Bila? Solat Istikharah boleh dilakukan sama ada siang atau malam, terutamanya bila hati terasa tenang.


Berapa lama? Buatlah sehingga 5 atau 7 malam. InshaAllah diberi petunjuk. (tidak semestinya melalui mimpi)


Cara beristikharah:


Istikharah digalakkan berdasarkan hadis Jabir yang menyebut, “Rasulullah saw mengajar kami beristikharah pada semua perkara sebagaimana baginda mengajar satu surah daripada Al-Quran.” (Hadis 147 Mastika Hadis Jilid 2). Kemudian hendaklah ia berdoa dengan membaca:


Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib. Wahai tuhanku sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.

Monday, August 23, 2010

Puteri...

Puteri

Artist: Zainal Abidin
Harum semerbak kasturi indah mewangi
Cantik rupa parasnya puteri di sinar maya
Cinta bukannya semata yang ku perlu zahirmu
Hey... yeah... yeah...
Puteri... ohh...

Kini kau tiada lagi tinggallah aku sendiri
Rindu di hati ku ini tak dapat aku sembunyi
Entah bila kan kembali
Setelah kau pergi oh...

Puteri... malam ku dingin tiada pujuk rayumu
Kembalilah... ku kehilangan tawa mesramu itu
Ohh puteri... malam ku dingin aku kehilanganmu
Kembalilah... mengertilah oh kekasihku
Ohh... puteri ku

Dengarkanlah rayuan (hati)
Tak sanggup aku kehilanganmu
Di dalam jaga aku keliru
Ohh... mengertilah

Kembalilah
Malam ku dingin tiada pujuk rayumu
Puteriku...
Ku kehilangan tawa mesramu itu
Kembalilah...
Malam ku dingin aku kehilanganmu
Kekasihku... mengertilah oh kekasihku... ohh...

Kekasihku... kembalilah...

SeNi MeNJaGa HaTi IBU...

"Apa lagi kehendaknya? Wang sudah dihantar tepat pada waktunya. Setiap bulan tidak pernah culas."
"Apa masalahnya?"
"Ayah saya, terus mendesak. Emak pun begitu. Sekejap-sekejap suruh balik. Dua bulan dulu saya dah balik. Sekarang mereka mendesak lagi. Saya sibuk."
"Dua bulan dulu?" tanya saya. Pelik, itu katanya "sekejap-sekejap". Sedangkan jarak kampungnya hanya kurang lebih 100 km sahaja. Bukan jauh sangat ikut piawaian jarak pada era ICT ini.
"Wang tidak dapat menebus rindu," desir saya perlahan.
"Rindu?" Ibu bapa kita masih rindu.
"Ada anak?" tanya saya tanpa menjawab soalannya.
Dia mengangguk." Seorang di pusat penggajian tinggi, seorang lagi di sekolah asrama penuh," jelasnya tanpa dipinta.
"Rindu?" tanya saya.
"Rindu apanya?"
"Rindu pada anak-anak?" tanya saya berkilas.
Kali ini dia terdiam. Sedar agaknya bahawa dia telah terperangkap. Terperangkap dalam bisikan rasa di sebalik tusukan kata-kata.
"Itu lain, anak saya masih budak-budak lagi. Memanglah patut saya rindukan mereka. Tapi bagi emak bapa kita tidak seharusnya begitu...kan saya sudah berkeluarga. Sudah tua."
"Oh, rindu semakin pudar seiring usia. Begitu?"
"Sebenarnya makin tua, insan jadi semakin sunyi. Dan semakin sunyi hati akan menjadi semakin rindu. Rindu pada orang yang tersayang," tambah saya lagi.
"Awak sayang anak? Tak payah jawab," potong saya, "kita tentu sayang. Jadi begitulah ibubapa sayangkan kita. Bila sayang pasti ada rindu. Dan rindu tidak dapat ditebus oleh wang ringgit walaupun berjuta banyaknya," tambah saya.
" Perlukah saya balik tiap-tiap bulan?"
" Payah hendak memutuskannya. Tapi fikirkanlah kerinduan ibu bapa. Kenanglah, setiap kali kita rindukan anak itulah petanda ibu bapa kita juga rindukan kita!"
Ah, masakan rindu - soal rasa, boleh diubati dengan wang - suatu yang berbentuk 'benda'.
PenDenGaR CeRiTa LaMA...
Setiap kali pulang ke kampung. Itulah ceritanya. Cerita yang telah diperdengarkan berulang-ulang kali. Cerita ibu tentang sawah, lembu dan kehidupan kanak-kanaknya ketika di kampung. Dan saya "terpaksa" menjadi pendengar cerita ulangan itu berulang-ulang.
"Kau jadi seperti aku dulu. Cuma kau lebih bernasib baik," kata seorang sahabat.
"Jadi seperti kau? Apa maksudmu?"
"Ibuku dipotong kedua-dua belah kakinya. Dari paha ke bawah. Hari-hari terakhirnya sungguh sunyi. Setiap kali aku balik, aku menjadi pendengar setia pada cerita-ceritanya."
"Apa ceritanya?"
"Cerita zaman muda. Pahit manis hidupnya. Kisah bersama arwah ayah membesarkan kami."
"Tentu menarik," balas saya.
"Menarik memang menarik, tapi kalau sudah diulang berpuluh-puluh malah beratus-ratus kali, teruji juga kita."
"Lama ke?"
"Satu sesi lebih kurang sejam."
Dalam diam saya mengaguminya. Kalau saya, setengah jam pun sudah terlalu lama.
"Setiap kali aku balik kampung, emak akan memanggil aku ke tepi katilnya. Dan sesi pun bermula..."
"Kata ahli psikologi, manusia perlu didengar katanya sepertimana mereka memerlukan makanan. Makanan akan memberikan tenaga. 'Didengar' menghidupkan rasa."
"Allah pun ciptakan untuk kita dua telinga, satu mulut. Maknanya, kita mesti lebih banyak mendengar daripada berkata-kata," tambah kawan saya itu. Tidak hairan, dia memang pakar motivasi.
"Dan hak mendengar itu selayaknya kita peruntukan kepada ibu bapa kita yang telah tua."
"Kau kata tadi nasib aku lebih baik. Kenapa?" tanya saya mengingatkan semula kata-kata awalnya tadi.
"Aku cuma menjadi pendengar cerita emak selama dua bulan. Kemudian dia meninggal dunia. Hingga kini aku merindu kisah-kisahnya. Terlalu rindu. Kalau boleh, aku ingin mendengarnya semula. Biarlah sejam, dua jam malah lebih lama daripada itu."
Saya terdiam. Tersentuh sungguh. Agaknya, sebab itu emaknya mengulang ceritanya banyak kali, dia tahu anaknya akan merinduinya lebih daripada itu.
"Kau masih ada emak. Kau lebih bernasib baik. Dengarlah cerita-ceritanya. Semakin tua, suaranya semakin kurang didengari. Mereka tidak ada cerita baru. Hanya cerita lama. Seluruh tenaga, kelebihan dan semangatnya telah habis diperah untuk kita."
"Ya, yang diperdengarkan untuk kita bukan hanya sekadar cerita tetapi cinta. Rasa cinta yang bukan sekadar imbauan tetapi belaian untuk kita, anak-anaknya yang telah dewasa."
Ya, seolah-olah secara tersirat ibu tua kita ingin menyampaikan bahawa cinta di dasar kisah lama itulah kita yang menjulang cita-cita di kemuncak cerita-cerita baru kita!
Hutang pada Ibu
Malam itu entah kenapa lelapku terganggu. Wajah ibu menerjah layar ingatan. putik-putik kasihnya bagai bintang pada malam yang kelam. Satu demi satu pesannya mengukir peringatan, teman setiaku sepanjang perjalanan. Sungguh terlalu mahal jasa ibu...
HUTANGKU PADA IBUKU
Kekadang terasa ditusuk rasa nan gelisah,
Pada wajahmu yang menanggung resah,
Laut keringatmu yang membanting tenaga,
Dan getir mujahadahmu di kelelahan jiwa,
dari buaianku hinggalah dewasa...
Kini aku terpaku dalam lelah safar kehidupan,
Meneguk kesusahan...ujian demi ujian,
Entah bilakan reda
Ibu...
Cuba kupadam hitam yang mencalar semalam,
Tika kugamit cerah esok yang masih berbalam,
Dan hari-hariku ini...yang terus-terusan mencengkam...
Ibu...
Apakah aku terlalu
Pada deritamu yang kurelakan
Pada jerit batinmu yang kupekakkan
Pada sengsara jiwamu yang tak pernah...aku belaikan
Ibu...hutang anakmu ini sudah terlalu!