Orang Bajau
Bajau dan kumpulan yang sama telah menetap di pantai barat dan timur Sabah sejak beberapa ratus tahun dan diiktiraf sebagai penduduk asli negeri ini. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping menunggang kuda.
Orang Bajau merupakan penyelam dan pengutip hasil laut yang mahir. Mereka menggunakan cara penangkapan tradisional. Di pantai timur, mereka adalah nelayan yang tinggal di Kota Belud, Papar, Semporna dan Tuaran. Bajau juga mendapat gelaran “Cowboy Sabah” kerana Bajau lama terkenal dengan penunggang kuda.
Bajau Pantai Barat ( Putatan, Tuaran , Kota Belud ) dan Bajau Pantai Semporna ( Pantai Timur ).
Bajau Pantai adalah berbeza dengan Bajau Semporna. Dari segi pertuturan, pakaian tradisi,adat resam dan budaya hidup adalah sangat berbeza. Bajau Pantai Darat banyak yang terlibat dengan pertanian sawah padi manakala Bajau Semporna terkenal dengan kegiatan penangkapan hasil laut.
MAKANAN TRADISIONAL
Kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesis, antaranya lapiran, kima bohe' dan sollot-sollot (bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu). Kima dijadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau. Kima ini boleh dimakan mentah-mentah (inta') setelah dihiris atau dipotong kecil-kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah-ratus yang lain mengikut selera orang yang hendak makan. Ia juga boleh dimasak bersama sayur. Ada juga kima yang dikeringkan di bawah sinar matahari dan biasanya ia dimasak bersama sayur.
Sagol (Kata Kerja) bermaksud mencampuradukkan. Sagol juga mempunyai makna Kata Nama iaitu 'benda yang dicampuradukkan'. Secara khusus ia merujuk kepada sejenis masakan tradisional yang menggunakan isi ikan (biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal, secara umumnya ikan yang mempunyai hati yang besar) yang dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit. Untuk membuat sagol, ikan yu, pari atau buntal dicelur dahulu sehingga mudah membersihkan 'langnges' iaitu lapisan kasar pada kulit yu dan pari, atau 'iting' iaitu 'duri' pada ikan buntal. Mencelur (masak separuh masak) ini juga dilakukan untuk memudahkan isi ikan dihancurkan dan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis.
Ada dua jenis masakan sagol iaitu sagol kering (tiada kuah) dan sagol basah (berkuah). Untuk mendapatkan rasa sebenar sagol, biasanya tidak menggunakan minyak makan tetapi menggunakan minyak hati ikan yang disagol itu, iaitu sama ada minyak hati ikan pari, atau minyak hati ikan yu atau minyak hati ikan buntal.
Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim. Lazimnya, Putu dimakan bersama Sagol, Kima,Tehek-tehek, dan beberapa makanan Tradisional Bajau yang lain (Selalunya makanan laut)
Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya. Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali, sehingga berwarna kekuning-kuningan.
Secara umumnya, makanan tradisional masyarakat Bajau adalah makanan laut dan makanan ubi-ubian dan tanaman huma yang lain. Makanan tradisi orang Bajau boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu makanan yang dimasak dan makanan yang dimakan mentah (inta'an). Makanan yang dimasak sama ada direbus, digoreng, dibakar dan dipanggang. Lazimnya, intaan (makanan mentah) terdiri daripada makanan laut seperti 'ballog-ballog', 'bantunan', tehe'-tehe', tayum, kilau, bat, lato', kima dan sebagainya.
TARIAN TRADISIONAL
- Tarian Dalling-Dalling
Tarian ini sangat dipelihara oleh masyarakat Bajau di Selatan Filipina. Kesedaran kepada kepentingan memelihara budaya bangsa untuk menjamin kelangsungan budaya bangsa berkenaan telah mendorong masyarakat Bajau di Borneo Utara (Sabah) khususnya di Semporna bangkit dan mengembangkan seni tarian dallinhg-dalling di kalangan generasi muda. Ini dilakukan dengan membawa dalling-dalling ke majlis formal khususnya Regatta Lepa Semporna. Pada tahun 1998, Badan Galak Pusaka telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk menganjurkan Pertandingan Dalling-dalling Sempena Sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama, Yang Dipertuan Negeri Sabah, yang pada masa itu disandang oleh Tun Sakaran Dandai. Semenjak itu, tarian dalling-dalling turut mula dikenali di daerah Sandakan.[1]
Perkataan dalling-dalling adalah kata ganda daripada perkataan Sinamah (bahasa Bajau) 'dalling' yang bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak tertentu. Ini adalah tarian hiburan di majlis keramaian khususnya majlis perkahwinan. Tarian daling-daling diiringi oleh pantun yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi. Secara tradisionalnya penyanyi yang menyampaikan nyanyian (disebut kalangan dalam Sinamah) adalah pemuzik. Alat muzik yang digunakan pula dipanggil gabbang. Kadang-kadang pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain yang lazimnya wanita, terutama apabila aturcara majlis dijangka mengambil masa yang lama yang kadang-kadang mencecah semalaman.
Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka mendapati, tarian dalling-dalling akan semakin rancak dan menghiburkan apabila ia ditarikan oleh penari secara berpasangan dan kedua-dua penyanyi dalam keadaan 'magbono' kalangan atau berbalas pantun. Dalam keadaan sedemikian, semua watak (penyanyi, pemuzik dan penari) akan menunjukkan kepakaran masing-masing untuk diiktiraf sebagai yang terbaik oleh hadirin.
PAKAIAN TRADISIONAL
Pakaian Tradisinal Suku Kaum Bajau Kota Belud bg lelaki dan perempuan. Nama jenis pakaian tradisional tidak dikenal pasti.
kepada pembaca yang boleh berbahasa bajau, anda dialu-alukan untuk menyumbangkan sedikit kosa dibawah ini, mengikut sebutan bahasa tempat tinggal masing-masing, agar ia dapat dijadikan sumber rujukan disamping kita dapat mempelajari dan mengenali bahasa ini lebih tuntas lagi. Berikut adalah kosa kata bajau:
BAJAU SEMPORNA
Aku sayang pada mu - Lasah akuh ma ka'ah / Akuh lasah ma ka'ah/ aku sayang tah kau
Aku suka padamu - Bilahi akuh ma ka'ah / Akuh bilahi ma ka'ah / aku gorot ta' kau
Siapa namamu? - Sai onnu? / sien oron nu?
Nama saya Dayang - On ku dayang/ oron ku dayang
Sayang, aku cinta padamu / Sayang, aku sayang padamu - Dayang, akuh lasah maka'ah / Sayang, aku sinta ta' kau
aku = aku, saya
ko = engkau, kau
ka'ah = kau, engkau, awak , anda
kita = kita
kami = kami
bilahi / gorot/bayak = suka
dayang = sayang (Kata Nama - digunakan untuk memanggil atau menamakan seseorang yang disayangi)
lasah = sayang, cinta, kasih (Kata Adjektif - menunjukkan perasaan sayang)
ma / ta' = sama, pada, dengan
nu = mu (kata ganti nama diri kedua yang menunjukkan hak milik)
on = nama
sai / sien/saiyan = siapa
ku = ku(kata ganti nama diri pertama yang menunjukkan hak milik)
Ada beberapa perkataan suku kaum bajau yang hampir sama sebutannya dengan bahasa melayu dan membawa maksud yang sama dalam bahasa bajau.
Contoh:-
Tompah - Terompah (kasut),
Baju - Baju,
Sin - Sen (Duit),
Aku - Aku,
Kitab - Kitab,
Tangan - Tangan,
lengon/langan-lengan
bowa-bawa
Mata - Mata,
Talinga - Telinga,
Buwas - Beras,
Kayu - Kayu,
Sipak - Sepak (Tendang),
Sampak - sepak/tampar (Lempang),
Timbak/tembak - Tembak,
Lakkas / lingau - Lekas (Cepat),
nginum - Minum,
mangan - makan;
Lahi / lelai - Lari,
Sukup - Cukup,
Poteh - Putih,
bilu - biru,
bianing - kuning,
hijau/gaddung - hijau,
etom/ettom - hitam,
coklat - cokelat,
oren - oren/jingga,
unggu - ungu,
tahu - pandai
manis - manis(rupa yang manis);
mamis - manis(gula ataupun makanan atau minuman yang manis),
kuku - kuku ,
matai - mati,
atai - hati,
jantung - jantung,
hatus - ratus,
hibu/ngibu - ribu,
sama - sama,
batu - batu,
kota - kota,
bangsa - bangsa,
suku - suku,
lampu - lampu,
subuh - pagi,
sawan - cawan,
sapu / sepoon - sapu,
lella/lalla - lelaki
dendo/denda/danda - perempuan,
sampai / teko/teka- sampai,
dua,empat,lima,unnom,sangpuh - dua,empat,lima,enam,sepuluh
issa,tullu,pituh,walu,siam - satu,tiga,tujuh,lapan,sembilan
lumah - rumah,
BAJAU KOTA BELUD
kiti=kita somo=sama mangan=makan turi=tidur dendo=perempuan jomo=orang gai=mereka dela=lelaki yangto=nenek matoo=datuk eyang=mama ema=bapa luman=jalan nguta=muntah tio=jauh sikot=dekat turi=tidur ngantuk=mengantuk tegega=terkejut ingin=suka gali=geli tito=ketawa
Bahasa bajau di selatan filipina juga menuturkan bahasa yang sama, tanpa perubahan sebutan atau makna. walaubagaimanapun,terdapat perbezaan sedikit diantara bahasa kaum bajau sebelah pantai barat dan pantai timur sabah, dari segi sebutan tetapi masih mengekalkan makna yang sama. 40% bahasa bajau adalah bahasa melayu. Apa yang pasti, kebanyakan orang tua - tua suku kaum bajau dahulu amat sukar apabila menyebut perkataan yang ada huruf 'R' dan 'C'. Contohnya 'NUR' menjadi 'NUL', 'SABAR menjadi 'SABAL', 'SYUKUR' menjadi 'SYUKUL', 'CUKUP' menjadi 'SUKUP', 'CAWAN' menjadi 'SAWAN' dan banyak lagi.
0 comments:
Post a Comment